30/08/13

Berubah

 Assalammualaikum....  sihat? alhamdulilah korang sehat.. kali ni aku nak post pasal berubah.
Apa yang berubah? siapa yang beruubah? nak tau kena la baca :P


  Aku tak pasti semua ni kebetulan atau memang salah aku atau salah diri tuan punya badan atau selama ni dia hanya berlakon??.

 First umi, time sebelum kapel orite je. elok je pangaii, dah kapel lagi elok pangai sbb aku sllu tegur dia... dia tak marah, dia berterima kasih sbb tegur. tapi.. lepas break.. perangai berubah 100%. dulu seorang yang lemah lembut, berubah menjadi kasar,dulu seorang yang beradab, berubah menjadi kurang aja,dulu seorang yang alim, berubah menjadi .... dulu seorang yang menutup aurat , berubah dengan mendedahkan auratnya...
Walaupun dia cinta pertama aku, dan memang aku tak bleh lupa sebab kapel dengan dia lama, macam2 kenangan ada, tapi lepas break, aku hanya ingat perkara yang manis je.. baru sekarang aku ingat semua kenangan aku dengan dia..apa dia buat kat aku. tipu aku , hina aku, memrosakan hubungan aku dengan kawan baik aku.. bnyak lagi. tapi aku taksalahkan kau..sebab tak da guna salahkan orang lain. baik salahkan diri sendiri :)

 Sec, *******, time awal2 kenal aku rasa dia paling sesuai untuk aku. aku dah set kan dia lah yang bakal jadi aku punya makmum. dah kapel aku dah mula lebih mengenali dia,keluarga dia, time kapel asal bertembung sekurang2nya senyum.. tapi sekarang? pandang pun taknak. kata lepas break jadi kawan, tapi buat aku macam musuh, kata still boleh luahkan apa2 je kat dia, tapi macam taknak dengar. berjanji dengan aku tapi tak tunaikan.. aku simpan nota janji tuh dalam satu kotak.. yang aku simpan khas.. tapi sayang. kau dah tak ingat janji-janji kau... dulu kau amik berat pasal aku, berubah macam aku tak pernah wujud dalam hidup kau...

2 orang yang pernah menjadi orang yang penting dalam hidup aku berubah bergitu sahaja... orang yang paling aku sayang, menjadi musuh secara tiba2...

 Sekian, ingat nak taip lagi tapi dah tak larat. terima kasih sebab sudi baca.. kalau belum baca post2 yang lepas, silakan baca :)

27/08/13

Happy birthday Fatin(26/8) Kak.Dayah(27/8)

Assalammualaikum....
 post kali ni pendek je. setakat nak ucap selamat hari lahir jo..

  Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Fatin Fariza dan Nur Hidayah, Allah selamat kan kamu. yeah *tepuk tangan*

 Aku nak ucap selamat hari lahir! moga panjang umo dan sihat selalu.. haa satu lagi! jangan lupa PMR, SPM buat betul2!! teruk siap korang ..

 Atyn, sory takda hadiah. patutnye am yang bgi nih atyn pulak yang bgi :P sorry kay??
Buat Kak.Dayah kirim salam kat mak! mak memang sporting! oh ye ucap terima kasih sebab jemput datang, oh tak lupa jugak sampaikan ucapan terima kasih kat adik akk tuh. si zati jadi pelayan tetamu tady...

 That All for this post. bye

Tak Penting

Assalammualaikum semua.. Jawab jangan tak jawab!
Harini aku nak post pasal diri aku pulak.. baca lah kalau rajin yaw!

 Sejak 2 minggu lepas aku rasa diri aku macam tak wujud. tak wujud dalam hidup korang.. aku tak tau apa salah yang aku dah buat. aku tak tau.. aku tau aku bukan baik sangat, aku tau aku tak kaya macam korang..
Lalu depan aku taknak pandang lansung en? Dulu bukan maen , asal nampak aku panggil ,lambai,senyum ke apa, sekarang? sorang pun tak. nak tunggu aku tegur dulu, aku ajak borak pun suma macam nak tak nak. kay aku taknak paksa korang kawan dengan aku , aku tak paksa untuk jadi abg,adik,akak angkat aku pun. kalau rasa dah x nak kawan ke apa ke bagi tau terus. kay? aku tak marah punya.

 One more, Kata nak tau apa masalah aku, nak tau apa yang aku nak cakap kat kau, tapi kau  bila lalu tak da pulak nak tanya ke tegur ke apa? pandang pun tak nak. ahaha kay aku tau aku bukan sesapa dalam hidup kau.. Dulu kata kawan. tapi kenapa kau buat aku macam musuh je? kata aku boleh luah apa je kat kau, tapi kenapa? kenapa kau cakap je buat ye tak? aku nak bagi tau bende penting. tapi kau macam taknak tau. takpa aku pendam sorang je.. tapi . aku nak kau tau yang aku still nak kau jadi macam dulu, jadi tempat aku luah apa aku nak luah, tempat untuk aku bercerita masalah aku.

satu lagi. maaf blog aku macam hape2 tah. aku tak pandai nak buat lawa. asal ada je . sbb aku hanya nak menaip je maaf sangat ..
bye harap korang bahagia tanpa aku

23/08/13

August/Ogos

 Assalammualaikum....


Haa apa kabar semua?? sihat tak? sihat? good. ok nih aku nak cite pasal bulan ogos nih. bulan nih bnyak perkara berlaku tahun nih. first harijadi aku 3/8. then puasa 10/8, tak lama lagi 31/8 Tanah melayu merdeka pulak. haa. tapi aku rasa bnyak lagi yang terjadi kat bulan ogos nih. siapa yang lahir bulan ogos nih dia punya zodiak tak silap LEO .LEO aku cerita sikit tentang ciri2 Leo kat korang ye?


 Leo,23 jul - 21 ogos.
Glamor, menyenangkan dan selalu ingin jadi pusat perhatian. Tak heran, kebanyakan orang Leo secara semulajadi selalu berteman dengan kalangan 'bintang'. Penampilan luarnya menunjukkan ia orang yang lemah lembut, tapi sebenarnya dia kuat dan percaya diri. Kata-katanya selalu tampak normal, tapi kerap berisi perintah dan permintaan. Harga dirinya sangat tinggi. Leo dapat membantu menyelesaikan permasalahan orang lain, kecuali masalahnya sendiri. Ia boleh terluka kalau anda tidak mempercayai atau tidak menghargai kemampuannya. Ia suka pada orang yang bergantung padanya, kerana itu membuatnya merasa berkuasa.
Pada umumnya ia tak suka pada peraturan. Ia sangat menyenangi kebebasan. Jika anda ingin bersamanya, jangan membuat peraturan baginya kerana dia akan segera meninggalkan anda. Ia boleh melakukan hal-hal yang menurut orang lain adalah aneh. Ia suka mencari dan menganalisis orang dan banyak hal. Jika anda sedang bersama dengan Leo, jangan membuka terlalu lebar kehidupan peribadi anda, tetapi buatlah dia tertanya-tanya. Ia pasti akan semangat mendapatkan anda.
Dalam urusan cinta sangat suka mendominasi. Kesetiaan yang tiada dua, Ia memegang setiap janji yang ia ucapkan dan menepati setiap janji yang ia ikrarkan. Setia dalam persahabatan, cerdas, berjiwa besar dan agung. Sabar tapi kalo marah, hebat. Jiwanya yang optimis membuat warga Leo berjaya dalam pekerjaan. Warga Leo seseorang yang jujur, berani dan suka berterus terang. Kerana itu warga Leo menjadi orang yang dipercayai. Sayangnya mudah naik darah walau sesudah itu cepat menjadi baik lagi.

Hospital :")

 assalammualaikum semua.. sihat tak? good.. harini aku tanpa rela terpaksa pergi jugak hospital.

 aku pergi dengan muka x semangatnye untuk berjumpa doc -.-" doc tuh aku masuk2 bukan nak tanya aku sihat ke tak. terus check. then ceramah adalah dekat 10min kut -.- yang aku paham jangan lupa makan pada waktu,bnyakan minum. tuh je =.=" aku tanye doc. kalau makan muntah balik apa gunanya?
doc cakap. "kamu makan apa sampai muntah balik?"
aku jawab "semua, nasi ke apa ke, hampir setiap kali muntah, tapi kadang2 saya tahan je."
doc." hmm muntah nih biasanya sebab tekak awak yang loya tuh, Sebab tuh saya suruh makan ubat yang saya bagi tuh,ada makan tak? mesty tak kan? kalau nak sihat makan lah ubat tuh tapi ingat jangan melebihi dos yang dicadangkan.."
Aku"hmm,makan lah doc. tapi sehari sekali je, tuh pun kalau ingat, saya x suka makan ubat doc, kalau boleh kasi ubat untuk kanak2 yang ada rasa manis2,buah2 tuh bleh?"
doc"ubat tuh untuk kanak2, kamu nih kanak2 ke? setahu saya kamu nih dah remaja dah"
aku"hmm yela. ok doc. thanks for the checkup and advice"
Doc."Welcome don't forget to come checkup again "
aku angguk je then salam dengan doc pastu belah~

tuh je kot untuk post Hospital nih. papai..ASSALAMMUALAIKUM.

21/08/13

Sakit,

Assalammualaikum..


Hari nih, penyakit aku makin teruk, makin menjadi2 -.-" takpe ah aku cite ah ap penyakit aku nih.. sejak tahun lepas aku asik batuk2, tekak loya,luka... tahun lepas tak lah teruk sangat... last aku batuk bulan 11 tahun lepas. tuh pun bnyak jugak darah. tapi sejak dari tuh ok je tak de dah tekak aku nih luka,batuk pun kurang, just tekak loya je.. tapi sejak bulan bulan puasa lepas, penyakit nih datang balik. batuk2, tekak luka.. doc pun satu hal. kejap kata aku nih ok kejap kata tak. mane satu? aku tak paham ah doc tuh. tapi takpe esok-lusa aku jumpa doc tuh balik pi check. pegi sorang ah. mane ade org tahu aku sakit. nih baru cite... aku sakit2 pun aku senyum jugak. taknak orang risau, tapi sejak 2minggu nih aku rasa macam takda sape dah ambik berat pasal aku. aku rasa keseorangan. aku rasa takda tempat nak mengadu sakit nih..tuh pasal ah aku buat blog.. ade jugak tempat aku luah. tak kesah lah ada orang bukak ke tak. janji aku dapat luahkan apa yang aku rasa.. aku sekarang payah nak bernafas,kahak bnyak. aku dah buang pun bnyak lagi. aku tak paham. ape penyakit aku nih. doc kata biasa je tak cukup makan. memang lah x cukup tekak loya. makan x rasa apa .. kalau makan pun muntah balik, baik x payah makan. lagi senang... k lah aku rasa dah cukup aku merapu kay bye.

Kalau x paham buat2 paham . aku nak luah sorang2 je . kalau nak baca silakan :)

20/08/13

Pelik

 Assalammualaikum, suma sihat? aku hari ni tak bapa nak sihat ah.....
 bende yang aku nak cite nih baru je belaku tady. series aku pelik.

   First ,masa kat sekolah bila aku cakap dengan dia, hati aku rasa macam pertama kali aku balik sama-sama dengan dia.

 Second, aku balik sorang2. but bila sampai kat depan pintu tiba2 aku rasa pipi aku basah. rupanya airmata mengalir.. first time aku kuar airmata tanpa aku ketahui sebabnye. byak oh. sampai2 umah amik tuala muka terus lap . ada lah dalam secawan teh yang kecik tuh.. tuh angaran je ...

 Third, aku pi basuh muka, then aku tengok cermin, aku tengok bayang2 aku takda, aku lap mata,bukak balik baru ada. then aku masuk bilik tengok cermin balik, tiba2 bayangan dari cermin tuh macam ketawa, then aku dengar suara, suara tuh cakap "kau,ye kau, kau xpayah tggu dia, dia takkan kembali pada kau!" aku mencari mane datangnye suara tuh . rupa2nya dari bayangan aku dalam cermin. aku terkejut...

   Last2 aku tersedar,aku rupanya termenung time aku tengok cermin tuh. tapi aku still pelik. macam mana bleh jadi macam tuh. aku rasa aku pandang dinding tuh kejap je rupa2 dah 10 min. tuh pun baru aku perasan bila aku tengok jam kat dinding bilik ni.

 Ok, aku tak tipu, aku masih pelik. biasa kalau aku termenung tak pernah jadi camgituh.. oh yang aku termenung adalah part cermin dalam bilik. time basuh muka aku sedar lagi..

 oklah aku pun dah seram nih. aku takpasti apa berlaku. kay cau. ha kalau x percaya x pe. janji bende betul. buat apa tipu tak dapat duit ^_^ tipu dapat duit mungkin ah aku nak. keh5. cau.

Assalammualaikum..

17/08/13

Tujuan Aku

  Assalammualaikum..

  Hai semua sihat?? aku? nak kata sihat pun tak, nak kata sakit pun tak, .. hmm sebenarnya tujuan aku membuat blog ni hanyalah mengisi masa lapang aku. tapi  sejak ader blog asik nak menaip je keje aku...


  Tujuan lain aku adalah untuk berkongsi apa yang berlaku dalam hidup aku.. aku tak berapa pandai untuk bercerita jadi aku hanya boleh menaip, tapi kalau tak paham aku mintak maaf . aku pun kadang-kadang tak paham apa yang aku taip. sebab tiap kali aku taip aku mesti rasa semacam mengikut apa yang terjadi pada aku hari tu. soo kalau ader mencarut ke apa ke paham2 je la..


  Hmm.. kalau nak ikut kan, banyak tujuan aku buat blog nih.. tapi nih last lah.. Tujuan last aku buat blog nih sebab aku nih bukan jenis yang suka bercakap masalah aku. aku lebih suka menaip. kadang2 kalau dah geram sangat aku tumbuk je apa yang ada. kalau dinding paling dekat dinding lah aku tumbuk kuat2. kadang-kadang sampai darah , kadang-kadang lebam. tpi ada last tuh sampai dinding tuh berbekas tangan aku.tapi tak lah nampak sangat. tah kenapa time aku tumbuk tak rasa apa. tapi lepas sejam tuh baru aku perasan tangan aku tuh berdarah-darah. tuh pun sebab ader orang tegur :). ok tuh je kot aku nak merapu kali nih... bye cau cin cau 
          ASSALAMMUALAIKUM..

15/08/13

Kurang iLmu

           Assalammualaikum..

Aku pelik tengok orang zaman sekarang. baju suma nak singkat2. nak pulih yang clear perh.. nampak terus baju dalam =.=" nak kata bodoh pergi sekolah bertingkat-tingkat. tapi kenapa baju tuh suma singkat-singkat??

 Ada lagi satu, yang dah pergi umrah tuh apa da hal mcm tak berubah2 je? kau pergi wat apa??
dah tuh siap cakap mak orang melacur lah apa lah =.= kau pergi mahal2 tapi apa pun tak dapat. kesian aku tengok orang macam kau =.="
Dah tuh belajar tinggi-tinggi tapi kesian eja idiot pon jadi ideot .. syarikat untung besar eja idiot jadi ideot tuh apa cita? wakakakaka.


TUH jangan nak kutuk family den eh! kau tuh lagi teruk dari keluarga aku. aku malas nak gaduh. aku tak sebut nama sebab aku kesian. tapi kau dah melampau woo!




13/08/13

Hai,Holla,Assalammualaikumm..

     Assalammualaikum kepada semua pembaca blog ini :)

... Sebelum tuh nak tanya.. dak baca belum post2 yang lepas? baca lahh.. takkkan baca post yang baru2 je baca lah suma.. ahaha..

   Oh Harini aku nak kongsi cerita aku berjalan2 di Bandar Kuantan, harap tak bosan lah yee

.. OK sebenarnya tujuan aku pi Bandar Kuantan adalah untuk mencari baju,beli tiket bas. tapi tuh baru sikit :3 ada bnyak aktiviti kitorang buat.. tapi kalau balik malam lagy byak aktiviti kitorang bleh buat.... First apa2 hal mesty mau makan dulu kan?? ohh ye aku cadangkan kat tepi jalan raya simpang sblum smpai kuantan. perhh roti dia sedap :) tapi x bleh lawan roti canai opah den :P
time makan tuh ader le sorang awek nih .. sppu aku dok pandang tajam kat dia. awek nih pon bila dah kene pandang mane bleh dok diam. awal2 maen2 rambut then tuka tempat duduk terus. aku dok tergelak je dari awal dok makan situ sampai awek tuh blah..


 Lepas tuh kitorang pi jalan kat KP, Along,Iman pi beli kod pelajar untuk K.Lang. sementara tunggu tuh, Aku,Topek,Peon dok pusing2 carik baju. yang duaorang nih tak habis2 nak usha awek.. Aku?? xdo ahh malehh doh nak usha.. agak lama jugak pusing tapi x de :) aku nih nak baju tshirt lengan panjang. situ x de. nak buat mcm mana... Lepas tuh kitorang pi Kompleks kat sebelah, x lama pun kat situ sbb masuk2 dalam 2 kedai terus jumpa baju tuh.. murah 2rm60 je kalau beli satu rm55 haaa amacam? tambah rm5 beli 2 wakakaka.. dah siap beli baju sempat ah singgah satu kedai.. usha2 baju lawa2. harga murah2 tapi suma duit x bnyak yang ada dalam dompet masa tuh... Soo kitorang tengok je ahh..

Lepas selesai tuh kitorang pegi ECM tau tak ECM tuh apa? East Cost Mall lahh .. :3. pi situ nak tengok kat wayang ader keje kosong tak untuk Along dengan Iman... tapi lama gak nak tggu along ngan iman pegi suma xbiasa.. last aku dengan topek gak yang pegi tanya :P .tanya tanya last2 amek 2 borang untuk dorang . tapi tengok ahh. x tau dapat ke tak .

 Ohh ok lah pembaca semua nih je kot post untuk kali nih.. tengok lah kalau rajin aku post lagi tajuk yang agak berbeza seket :)

12/08/13

^_^ Akila ^_^

 Assalammualaikum...
 Dah baca Post sblum nih? kalau belum sila baca post terdahulu untuk memahami kisah ini 

Sehari kemudian Amin Mendapat Pesanan Ringkas daripada Akila, dan mereka berborak panjang untuk mengenali diri masing2...

Setelah seminggu Amin memulakan langkah seterusnya dengan mencuba memangil Akila dengan panggilan Sayang. Tetapi Amin dimarahi oleh Akila kerana tidak suka dirinya di panggil sayang kerana dia sudah menyayangi sepupunya bernama Azzim. Amin meminta maaf kepada Akila kerana tidak mahu,persahabatan meraka putus bergitu sahaja...

 Setelah kejadian itu, Amin sering menelefon Akila dan mereka berborak panjang.. Kemudian, pada satu hari Amin mengajak Akila untuk pulang bersama kerana rumah mereka berhampiran. Akila bersetuju dan pada keesokan harinya,mereka pulang bersama-sama dan mereka dipandang pelik oleh rakan-rakan di sekolah.

Sejak dari hari itu, mereka sering pulang bersama-sama, dan pada satu hari mereka pulang lewat kerana ada aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Amin menemani Akila serta Ashiela di hapadan kelas, dan apabila guru yang bertugas memanggil para pelajar untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan tanpa diduga oleh Akila, Amin mengucapkan satu perkataan hikmat di telinganya, iaitu "I Love U" lalu Amin pergi meninggalkan Akila yang dalam keaadan terkejut dan terpinga-pinga.

Pada Malamnya, mereka seperti biasa bersembang lama ditelefon di Akila memberi tahu Amin ada perkara penting yang ingin disampaikannya .
Amin menanti dengan penuh cemas, dia terfikir adakah Akila marah akan kelakuannya di siang tadi ataupun ada kesalahan yang dilakukannya.
Akhirnya tepat jam menunjukan 8.30 p.m bertarikh 23 Feb. Akila memberitahu kepada Amin bahawa dia menerimanya sebagai kekasihnya. Amin berasa terkejut dengan berita yang didengarinya tapi dalam masa yang sama dia gembira kerana usahanya selama ini mendatangkan hasil..

Sekian Sahaja Kisah yang Ku Reka untuk memberi Pengajaran kepada Para Pembaca. Pengajaran yang ingin ku sampaikan ialah. jika Mecintai,Meyanyangi seseorang Berusahalah Untuk mendapatkan cinta nya Akan tetapi, Jangan lah Merampasnya dari milik Orang Lain.

^_^ Amin ^_^

                                    Assalammualaikum..
Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


        Amin meminati seorang gadis yang bernama Akila.. Amin mula mengenali Akila melalui sahabat mereka Ayu. Ketika itu Amin dan Ayu baru sahaja habis bermain bola tampar di kawasan sekolah. Ayu mengajak Amin untuk berehat denganya di tepi kolam ditemani dengan dua lagi rakannya iaitu Akila dan Ashiela.

Pada mulanya Amin hanya mendiamkan diri dan hanya berborak bersama Ayu dan Ashiela kerana Amin hanya mengenali mereka berdua kerana Akila seorang yang pendiam.Walaupun sering terserempak dengan Akila, Amin masih tidak berani untuk menegurnya kerana risau Akila sudah mempunyai teman istimewa di dalam hidupnya.Amin hanya menegurnya di laman sosial "Facebook",tetapi Amin tidak pandai untuk menegur maka Amin mencarik alasan untuk menegur Akila dengan bertanyakan tentang pelajaran.Tetapi hampa, kerana sepatah di tanya, sepatah jugak dijawab oleh Akila.

Setahun kemudian, Amin mencuba sekali lagi dengan alasan yang sama .. Setelah itu, baru lah Amin mula bertanyakan tentang Akilah, dari nama hingga lah tempat tinggal dan selanjutnya.Setelah dua-tiga hari mereka bersembang di laman sosial "Facebook",Amin mencuba nasibnya dengan meminta No telefon Akila, tetapi Akila enggan memberinya kepada Amin dan mencabar Amin untuk mencari no telefonya tanpa meminta darinya.Amin akhirnya menerima cabaran itu dan mula bertanyakan kepada rakan-rakan di sekolah terutama yang rapat dengan Akila.. Tetapi hampa kerana Akila sudah memberitahu kepada rakan-rakannya untuk tidak memberikan no telefonnya kepada sesiapapun.Amin tidak mengalah sebaliknya semakin bersemangat untuk mendapatkan no telefon Akila.Setelah mencuba selama 3 hari.Ketika Amin sedang melayari internet, Amin ditegur oleh Fatin,Amin tidak mengetahui bahawa Fatin ialah rakan kepada Akila.Fatin memulakan dengan pertanyaan.
Fatin: Erkk... nih Am eh?
Amin: Ahhh kenapa? boleh Am bantu? ni Siapa?
Amin dengan perasaan ingin tahu terus menanya kepada Fatin.
Fatin mula menjelaskan siapa dirinya.
Fatin: Erk.. nih Fatin panggil je atyn. atyn nak tanya Am nak No.Akilah eh? nak buat apa No. dia?
Amin yang sememangya suka bergurau menjawab
Amin :Aah. nak buat koleksi peribadi..
Fatin: Eh? buat apa nak buat koleksi pulak?
Amin: haishh nak call or sms lah itu pun nak tanya.
Fatin: haa nak ke tak nih? atyn ada no dia.
Amin: kalau nak bagi, bagi je lah kalau tak nak bagi pun tak pe 
Fatin: Am atyn kene pergi lah sibuk jap atyn bgi no dia. 017xxxxxx5
Amin: ha ok pergi lah. by the way Thanks!
Fatin: Welcome! bye

Setelah mendapat No telefon Akila. Amin cuba menhantar pesanan ringkas dengan hanya menulis "Assalammualaikum" kemudian menhantarnya ke no tersebut.Amin menunggu dengan gelisah....Amin mendapat satu pesanan yang ditulis oleh Akila "Ohmaigod mana dapat no ni?? btw kredit tak de nih lain kali kita text ye?"
Setelah lama menunggu,akhirnya Amin mendapat satu pesanan ringkas dari no yang tidak dikenalinya yang bertulis "Assalammualaikum." Amin membalas pesanan tersebut dengan bertanyakan siapakah penghantar tersebut namun dia di permain-mainkan dan akhirnya Amin tidak membalas lagi kerana tidak suka digangu.

                          Bersambung di Post akan Datang .


11/08/13

Selamat Sampai

                                           Assalammualaikumm...

Haa hari nih aku nak cite tentang perjalanan aku pi muar,JB. Sebenarnya aku tak nak ikot. tapi terpaksa. nak kene jumpa bakal akak ipar and family dia... perjalanan dari kuantan adalah dalam 4.30 jam. aku gerak dalam kul 11. haa kira lah sampai kul bape.... dalam perjalanan tuh ader lah benti sekali kat masjid untuk solat jamak qasar, Bermusafirlah katakan... dah selesai solat ader lah ternampak 2 org perempuan di perkarangan masjid ni. abg aku mengatal . tpi dia hai dalam kete je lah.. x berani pi depan kang kene penampor dengan bakal isteri dia. wakakaka. oh ye lupa dalam perjalanan tuh banyak orang jual durian rm1-rm1.50 sekilo, belambak gilo!! tapi sayang tak muat kete kecik je . keh5.. eh lupa lagi. kupang pun banyak,segar2 lawa2 pulak tuh.. nafsu pehh tapi tahan joo lahh... hmm.. ap lagi eh? Ohh dalam perjalanan lepas dari masjid tuh tekak aku loya gila. kene benti jap sbb aku nak muntah~ ohh biasa ah tuh aku memang cengituhh.. Penyakit apa pun aku tak tau...\

      Sesampainya di tempat yang hendak dituju iaitu rumah bakal akak ipar aku kitorang disambut dengan family akak ipar aku.(K.mimi). Family akak mimi memang sporting abihh lagi2 mak dia. cakap terus terang meh.... perangai mak k.mimi dgn k.mimi memang berbeza ... dalam berborak-borak tuh sempat jugak lah mak dia tanya keputusan Percubaan Pmr aku... AHH SUDAHHH. tapi dengan bongkaknye aku jawap. "Baru dapat 1A 1B." Mak k.mimi ckp." ha ok le tuh ader A subjek teras,nanty bleh masuk DTP(aku tak pasti apa sbb x bape dengar time tuh)". aku tak tau menatang apa tuh. aku maen angguk je. lepas tuh kantoi pulak x tau sbb abg aku(apis) nih tanye aku. "Kau tak x DTP tuh apa??". ahh sudah abih satu rumah gelak ^_^. erk xpe lah anak muda mane tau apa2

  Oh dah panjang ah dipendekkan cerita ada lah dalam 1jam kat Muar then Otw Balik Nilai . Selamat lah sampai di nilai dalam masa 4jam. tapi dalam 4jam tuh aku x ingat apa. sbb apa? aku mane drive aku dok belakang tido je!! wakakakaka. ok ni je untuk post kali nih... Assalammualaikumm.....

Raya Raya

Assalammualaikumm.... second post. act ade blog lama tapi tak ingat password. erk, terpaksa buat baru. Oh lari tajuk. Raya Raya.. Di Bulan Syawal ini, ku pohon seribu kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua yang mengenali diriku ini. Aku hanya lah seorang manusia biasa yang sering melakukan kesilapan sama ada dalam sedar mahupun tidak,. Harap dimaafkan...

Oh ya... Duit raya korang bape banyak dah dapat? aku? Rm10 jek... Bersyukur dari tak dapat apa-apa kan? kan? haaa sapa nak duit raya meh lah datang umah itupun kalau terbukak. kalau tak boleh je datang depan2 mintak. tapi kalau tak malu ah. kalau malu berkias-kiaslah dengan aku, manelahh tahu aku paham aku bagi lah rm10. Kalau x Paham 10 jugak dapat tapi sen ahhh :)

Hm... Rasa2 lah ni je dulu kot... Tata Tutu Titi, oh lupa Kirim Salam Kat Family Korang.
Assalammualaikum semua.........

10/08/13

New Life New Days

Assalammualaikum.... Welcome to my blog. saja2 mengisi masa lapang dari membuangan masa melepak baik menaip lagi bgus.... lagi pun aku memang suka menaip ni.. ahaha.. of lupa jangan lupa follow blog am ok? kalau typo ke apa jgn marah ye.. biasa lah tuhh typo sikit2.. nak buat macam mana kan? ok am rasa nih je post untuk yang pertama kalinye :P .. well see yaah.. My Twitter