12/08/13

^_^ Amin ^_^

                                    Assalammualaikum..
Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


        Amin meminati seorang gadis yang bernama Akila.. Amin mula mengenali Akila melalui sahabat mereka Ayu. Ketika itu Amin dan Ayu baru sahaja habis bermain bola tampar di kawasan sekolah. Ayu mengajak Amin untuk berehat denganya di tepi kolam ditemani dengan dua lagi rakannya iaitu Akila dan Ashiela.

Pada mulanya Amin hanya mendiamkan diri dan hanya berborak bersama Ayu dan Ashiela kerana Amin hanya mengenali mereka berdua kerana Akila seorang yang pendiam.Walaupun sering terserempak dengan Akila, Amin masih tidak berani untuk menegurnya kerana risau Akila sudah mempunyai teman istimewa di dalam hidupnya.Amin hanya menegurnya di laman sosial "Facebook",tetapi Amin tidak pandai untuk menegur maka Amin mencarik alasan untuk menegur Akila dengan bertanyakan tentang pelajaran.Tetapi hampa, kerana sepatah di tanya, sepatah jugak dijawab oleh Akila.

Setahun kemudian, Amin mencuba sekali lagi dengan alasan yang sama .. Setelah itu, baru lah Amin mula bertanyakan tentang Akilah, dari nama hingga lah tempat tinggal dan selanjutnya.Setelah dua-tiga hari mereka bersembang di laman sosial "Facebook",Amin mencuba nasibnya dengan meminta No telefon Akila, tetapi Akila enggan memberinya kepada Amin dan mencabar Amin untuk mencari no telefonya tanpa meminta darinya.Amin akhirnya menerima cabaran itu dan mula bertanyakan kepada rakan-rakan di sekolah terutama yang rapat dengan Akila.. Tetapi hampa kerana Akila sudah memberitahu kepada rakan-rakannya untuk tidak memberikan no telefonnya kepada sesiapapun.Amin tidak mengalah sebaliknya semakin bersemangat untuk mendapatkan no telefon Akila.Setelah mencuba selama 3 hari.Ketika Amin sedang melayari internet, Amin ditegur oleh Fatin,Amin tidak mengetahui bahawa Fatin ialah rakan kepada Akila.Fatin memulakan dengan pertanyaan.
Fatin: Erkk... nih Am eh?
Amin: Ahhh kenapa? boleh Am bantu? ni Siapa?
Amin dengan perasaan ingin tahu terus menanya kepada Fatin.
Fatin mula menjelaskan siapa dirinya.
Fatin: Erk.. nih Fatin panggil je atyn. atyn nak tanya Am nak No.Akilah eh? nak buat apa No. dia?
Amin yang sememangya suka bergurau menjawab
Amin :Aah. nak buat koleksi peribadi..
Fatin: Eh? buat apa nak buat koleksi pulak?
Amin: haishh nak call or sms lah itu pun nak tanya.
Fatin: haa nak ke tak nih? atyn ada no dia.
Amin: kalau nak bagi, bagi je lah kalau tak nak bagi pun tak pe 
Fatin: Am atyn kene pergi lah sibuk jap atyn bgi no dia. 017xxxxxx5
Amin: ha ok pergi lah. by the way Thanks!
Fatin: Welcome! bye

Setelah mendapat No telefon Akila. Amin cuba menhantar pesanan ringkas dengan hanya menulis "Assalammualaikum" kemudian menhantarnya ke no tersebut.Amin menunggu dengan gelisah....Amin mendapat satu pesanan yang ditulis oleh Akila "Ohmaigod mana dapat no ni?? btw kredit tak de nih lain kali kita text ye?"
Setelah lama menunggu,akhirnya Amin mendapat satu pesanan ringkas dari no yang tidak dikenalinya yang bertulis "Assalammualaikum." Amin membalas pesanan tersebut dengan bertanyakan siapakah penghantar tersebut namun dia di permain-mainkan dan akhirnya Amin tidak membalas lagi kerana tidak suka digangu.

                          Bersambung di Post akan Datang .


Tiada ulasan: