29/09/13

Restu Ilmu dan motivasi

Assalammualaikum semua!! Keesokan harinya selepas majlis yasin dan solat hajat. sekolah ada buat majlis restu ilmu dan sedekit motivasi kat sekolah bagi pelajar PMR,SPM


 Majlis dimulakan dengan peringatan dari cikgu azlina,MenDalam wa cakap sama lu.... adalah dalam 30-45 min dia cakap. lepas tuh restu ilmu bermula dengan pelajar perempuan untuk meminta maaf kat semua cikgu2. aku dok tergelak je tengok ada yang menagis2 memintak maaf. Haa tau bnyak buat salah kat cikgu.

Nak tunggu habis perempuan adalah dalam 15-23 min. time pelajar lelaki punya turn. lebih separuh cikgu dah blah! . nak mintak maaf macam mana? nak taknak terpaksa pi bilik guru carik :3


Dah masuk bilik. habis semua cikgu kitorang mintak maaf. tapi last aku borak ngan cikgu asma. seronok berborak dgn dia. mintak pendapat,tanya pasal kv dan smt, adalah dalam 15-20 aku borak dengan dia. dah habis borak aku dgn afiq rosli baru perasan dah lambat nk masjlis motivasi!!! dgn muka tebal lalu jugak depan tuh pi tempat duduk.

Majlis tuh takda yg menarik untuk diceritakan lah. kbye. Assalammualaikum

Yasin Dan Solat Hajat

Assalammualaikum semua! sihat? alhamdulillah.. hari ni aku nk update pasal khamis lepas, pasal aktiviti yasin dan solat hajat di Masjid Putra.

 Start balik sekolah macam biasa aku balik2 mandi terus. lagipun aku pergi menumpang shaipul jadi kene siap awal2. so selesai mandi, afiq dan faizal ngam2 terus panggil.. lepas tuh kitorang gi kelas geo jap. sebab mak shaipul amik dlm pukul 3.

 Dalam klas si "jai" kene bahan dengan afiq ngan faizal. sementara aku dok belakang gelak2 smbil dgar lagu. settle klas kitorang lepas bustop 10 min.


 Mak shaipul sampai, kitorang pun balik ah umah shaipul dulu, dlm tuh ada Afiq Rosli,Afiq,Faizal,Aku. so yg menumpang ada 4 org. Sampai kat umh epul kitorang tgk tv tggu bapak dia balik. bapak dia bawak balik DOmiNoz wo. :P apa lagi semua pelahap sampai habis lahh.

Kitorang gerak dalam ku 4.45 so sampai dalam kul 5 lebeyh. yg lain dh daftar .penuh dah dalam dewan masjid. sementara tuh aku ,faizal, afiq, pi solat asar dulu. dlm tuh apa penceramah cakap memang tak dgar pun . ahaha. yg aku tau aku tepuk, jerit. walaupun taktau apa yg ditepuk.


Lepas tuh makan!! lepas makan solat magrib,Yassin dah tahlil, solat isyak, then last solat hajat.
Dalam Solat hajat aku mintak dipermudahkan segala urusan,diberi ketenangan masa menjawab dan last diberkati segala ilmu yang dipelajari.

That all for that day. bye. Assalammualaikum.

22/09/13

3 Penjuru

Assalammualaikum semua.. sihat? good! hari ni aku nk kongsi pasal 3 penjuru jummat yang lepas ..


First, aku tak kesah un pasal 3penjuru ni semua. sbb xde pun org nk dtg amik aku punya result. so pi lantak la en? ahahaha

Sec, aku tak bape nak sihat time tuh, tidur tak cukup mimpi yg membuatkan aku tak bleh tido dan membuatkan aku teringat balik semua kenangan aku dgn dia. nak tau baca post lepas

Third, hari jumaat tuh aku rasa macam deja vu. tak silap itu lah org panggil sbb aku pernah mimpi bende tuh dan betul2 berlaku..

four, aku terpaksa senyum depan mem aku, depan mak bapak orang, depan cikgu. walaupun dalam hati aku sakit gila, dengan masalah aku lagi, dengan dia saja wat hal. perhh......

fifth, aku ada perasaan yg dia dok jeling or pandang aku. tapi tak berapa perasan sbb otak aku time tuh blur rasa nak pengsan tapi tahap je. nak tak nk kene lah tahap kang tak pasal2 kecoh pulak kt situ.. igt nk baru terus . then mem ajak lepak jap.

six, tgh lepak tuh budak2 kene bising.maleh nak layan cikgu aku blah balik terus, walaupun patut kene ada mak bapak, sbb pengawas tuh mem. ha wat bodoh sudah. lepas tuh malam ada dgar cite ramai kena marah dgn cikgu pasal kapel la apa lah. mujo aku dah balik. kalau tak aku dok gelak je sape yg kene marah tuh. ahaha.

k lah bye. penat ah.. cau assalammualaikum. :D



20/09/13

Mimpi

Asslammualaikumm semua.. sihat? Alhamdulillah aku pun sihat. Lama tak Post . Harini aku nak post pasal mimpi aku smlm.



Ku lukiskan sebuah mimpi dengan menceritakan di blog aku.

 Mimpi ni sangat indah. Mimpi yang membuatkan aku gembira, tersenyum. dan apabila ku tersedar pipi ku basah mengalirkan airmata tanpaku sedarinya..

Mimpi ini berkenaan dengan si Dia. Yup dia. Aku mimpi semua kenangan aku dgn dia.. dari mula aku kenal dengan dia sehingga lah pada tarikh 3.8.2013. pada tarikh yg terakhir ini. sesudah mimpi itu disitu aku tersedar, dan waktu masih belum pun  pukul 5.

Aku tersedar sambil menjerit something. tapi tak igt, cuz still mamai.. tapi selepas aku sedar pipi aku basah, aku lap kemudian pergi bilik air cuci muka..

Kemudian aku tak boleh tidur. memikirkan apa maksud mimpi tuh. ataupun hanya mimpi biasa.. sehingga lah sekarang aku masih tak paham maksud disebalik mimpi tuh.

Ok,tuh je kot? haa. k lah bye.. Assalammualaikum.

7/09/13

Ego

Assalammualaikum.. hai semua sihat? good . harini aku nak post pasal ego. harap korang paham apa yang cuba aku sampaikan.

 Ego,kerana ego seseorang itu sanggup menipu diri sendiri, kerana ego, putusnya hubungan diantara dua manusia, kerana ego, seseorang itu tidak mahu mengaku dia yang bersalah, kerana ego, seseorang itu tidak mahu mengakui bahawa dia mencintai orang itu.

 Ego ni bukan ada kat lelaki je. tapi semua orang. tapi memang secara peratusnya lelaki lagi tinggi egonya. tapi ada jugak perempuan yang ego dia lagi tinggi dari lelaki so, aku tak boleh cakap apa pasal ni.

 Yang aku nak ceritakan sebenarnya ialah. ada lah sorang ni. dia perempuan. nak kata baru putus tuh tak jugak. tapi nak kata lama pun tak jugak... dorang putus kerana salah paham yang berlaku di atas kesalahan pasangannya. tetapi lelaki itu tidak lagi memikirkan ego nya, menagis2 memintak maaf kepada si dia ni, tapi si dia ni masih taknak memaafkan lelaki itu..
          setelah lebih kurang 1bulan dorang putus. laki ni menjumpai penganti bagi si dia. si dia cemburu, tapi dia mahu mengaku, malah dia mencuba untuk membuat si lelaki cemburu dengan pelbagai cara. tetapi lelaki ini sudah lali dengan si dia, si dia cemburu apabila melihat si lelaki berbual dan bercakap pasal penganti dia..
   Sebenarnya si lelaki masih mencintai si dia, tetapi si dia tidak mahu mengaku bahawa dia masih mencintai si lelaki . si lelaki tidak bersedih tetapi dia kesian, kerana ego si dia tidak mahu mengaku masih mencintai dirinya.
 Akhirnya si dia,menagis teresak2 apabila mengetahui si lelaki akan bernikah tak lama lagi dengan penganti dirinya...

 Sekian.
Assalammualaikum.

Berlakon

Assalammualaikum semua.. sihat? alhamdulillah .. ok post kali ni berlakon, siapa yang berlakon?,kenapa? nak tau baca!
 
  Sebelum tuh ni adalah rekaan semata2, tidak ada kena mengena dengan anda, melainkan aku. ahaha

 Cite dia start apabila, Ammar mula mengenali seorang gadis ayu,cantik jelita. gadis tuh bernama amira. Ammar mula mengenali amira melalui rakan sekelasnya bernama zulhilmi, zulhilmi mengajak kawan amirah iaitu zulaika untuk berdating, zulaika mengajak amira sebagai teman, manakala zul mengajak am sebagai penemannya.
  Setibanya di tempat yang dijanjikan, zul dgn ika mula mengenalkan teman masing2, dan mereka beralih di meja lain meninggalkan Am dan Mira berdua.5min pertama dua2 mendiamkan diri malu, Am memulakan bicara dengan bertanyakan nama, dan seterusnya.

 Setelah hampir 6 bulan mereka berkenalan, mereka membuat keputusan untuk bertunang :D. Am pergi menghantar rombongan meminang ke rumah mira, dan Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar.. sejak mereka bertunang pelbagai dugaan menimpa mereka...tidak lama kemudian zul dan ika berpisah. Zul pergi berjumpa dengan mira untuk meluahkan perasaannya manakala ika pergi berjumpa dengan Am untuk melakukan perkara yang sama.

Tapi sebenarnya zul dan ika ni masih mencintai satu sama lain , mereka berpisah kerana sedikit salah paham berlaku kerana ika menemani sepupunya di shoppingmall.. Setelah mendengar cerita dari mira, aku(am) mendapat idea yang menarik. aku menyuruh mira berlakon. berlakon untuk mendapatkan zul, manakala aku pula berlakon mendapatkan ika.

Perancangan aku menjadi apabila berjumpa masing2 cuba membuatkan pasangan yang lain cemburu, dengan bersayang2, bermanja2, bersuap2 sampailah satu saat, zul tidak tahan . Lalu, menghampiri aku, lalu melepaskan satu tumbukan. Aku sikit pun tidak terkejut, malah aku ketawa, sementara mira dan ika risau tentang pergaduhan yang akan berlaku. Aku menanyakan kepada zul, "kenapa zul? apa yang kau tak puas ati?" Zul masih mendiamkan diri. aku menaikkan lagi darahnya dengan berkata " apa ni zul? tiba2 pukul orang, nape jeles dua2 aku dapat? mira aku dapat ika pun aku dapat?"

Muka Zul merah menahan marahnya. akhirnya dia bersuara "sorry am, aku tak dapat kawal . ye aku jeles. tapi bukan dengan mira tapi.." belum sempat zul meyambung aku terus membalas " dengan ika? Hahaha tuh lah kau bodoh sangat. benda kecik kau besar2kan, kan kau dah melepas?"
Zul terpaksa akur, lalu dia bersuara " Ye am, memang salah aku, aku kuat cemburu, tak siasat dulu, aku terus bertindak mengikut perasaan. Sebenarnya aku sayang sangat kat ika. malah aku dah beli cincin tunang nak meminang dia. aku... aku.. nak dia jadi isteri aku."

Aku ketawa terbahak2. Kemudian aku berkata" haa ngaku pun. ingat dah tak tau mintak maaf dah, dah2 jangan sedih. apa nih laki nagis malu woi.!! jgn risau. aku tak da apa2 pun dgn ika, tak caya tanya dia, tak caya jugak tanya mira. aku yang rancang semua ni. sbb aku kenal sangat kau. selagi tak di paksa selagi tuh kau tak kan nak mengaku kesalahkan kau." Aku memegang tangan zul dan tangan ika, lalu menyambungkan tangan mereka sambil berkata " nah.. aku sengaja nak uji kau betul2 sayang ika ke tak. jaga dia elok2, kalau tak aku amik,"

Mira mencubit aku " Amboii, gatai eh! ni nak campak mane?" aku menjawab dengan nada gurau. "campak atas katil tunggu malam pertama nanti :)"
Mira mencubit aku lagi sekali " Haa dah gatal sangat lah tuh!! mentang2 seminggu lagi nak nikah."
Aku menjawab " eh gatal dengan isteri takpa :) oh lupa zul! aku nikah minggu depan. kau bila lagi? cincin dah ada tuh. bila nak anta rombongan?. ehh bincang umah je ah, jum ah  bincang kat umah aku "

Lalu mereka berempat pun beredar dari tempat tersebut.

Moral: Sahabat Sejati akan membantu rakannya yang dalam kesusahan, walau dengan apa cara sekali pun.

Ni satu je. dalam cite ni banyak. carik sendiri ye? ahaha k lah bye!
Harap Terhibur membaca cerita di atas. :)
Assalammualaikum...

4/09/13

Gerak Gempur!!

 Assalammualaikum semua.. sihat?? good. erk kali nak share pasal gerak gempur for pmr candit~


 before that. kita doakan sama2 kepada arwah ayah kepada abg akmal, moga rohnya di tempatkan dengan orang2 yang beriman... Aminn.

 ok now, first day G.G perhh soalan dia tuhh dia lima bintang... mcm  tutt. je soalan dia.. -.-" aku rasa macam nak koyak2 je kertas soalan tuh..

 Sec day, english? geo? alahh senang jo nihh.. sec day baling relax.. so takda banyak mau cita..

 third day. iaitu hari nih. perh sains. soalan dia macam tak perlu jawb je -.-" apa punya soalan dia bagi un aku tak tau.. btw hari mem aku ada kate, time aku lalu dpn klas dia, ad sorang tuh tutup muka dia.
ok aku komfius.. kenapa? siapa? mengapa? dan yang sewaktu dengan nya. tapi mem aku cakap dia perempuan.....

 Haa satu lagi.. hari nih aku mental sikit. tah kenapa aku terjadi macam afiq HaiKal,A.K.A B.O.B. aku pun tak tau napa . hari nih aku rasa mcm tak betul je pemikiran aku.. salah makan ubat agaknye. doc dah ckp jangan makan kau dengil pi makan ha tuh padah nyo..

 erk. k tuh je kot aku nak merapu kali ni. haha ops! lupa. Doakan rakan2 kita yang sama batch supaya cemerlang dalam pmr nnty. terutama skli untuk aku . Doa kan lah ye? harap doa korang dimakbulkan. AMIN......


                     
Simple
Tumpang Lalu. Kbye Assalammualaikum...

1/09/13

Untuk Dia

Assalammualaikum semua.. sihat? bgus alhamdulillah..

post kali ni bertajuk untuk dia. siapa dia? nak tau kena baca sampai abis..




haa ni lah yang nak bagi. ahaha dia sibuk dok mintak gambar, ha amik.. amik.. tak cucup? jap jap

haa cukup tak? ahaha ok tak hensem mana un. :) nak amik cakap dulu. nih untuk pameran je...

 tuh je . dia nak gambar. kasi ah . kang merajuk. haa sapa dia?? ha pandai2 ah carik. ahaha
bye.

Menipu

Assalammualaikum semua. hmmmk  lama jugak tak post. nih free nak buat macam mana..
mesti korang tertanya-tanya  kenapa tajuk post macam tuh? nak tau baca sampai abis..

Dalam kehidupan kita mesti pernah menipu en? walaupun dalam tak sedar, kita mesti pernah menipu.
Tak kira lah tipu orang lain , atau diri sendiri. Tipu tetap tipu. Kadang2 kita tipu dengan kata "aku ok" walaupun time tuh tengah ada prob,sakit, etc. Lagi2 bila yang bertanya tuh orang yang kita sayang,yang terdekat... sebab taknak dorang risau pasal kita en??

 Satu lagi, Kita selalu tipu diri sendiri . Kita tipu diri sendiri dengan berkata "takpa , dia happy aku lagi happy" walaupun sebenarnya sakit,sedih melihat dia dengan orang lain.. Ataupun kita akan berkata "aku ok je, dah takda jodoh" walaupun sebenarnya frust menongeng kat umah. ahaha tuh lah lumrah manusia, tak pernah nak jujur walaupun dengan diri sendiri.

 aku jugak selalu tersenyum , walaupun tengah sakit,penat, or ada prob.. Tapi kadang2 aku tertunjuk jugak yang aku nih ada prob. Aku taknak tunjuk bukan sebab aku ni ego ke apa. aku just tak pandai nak share dengan orang, taknak susah kan orang, taknak buat orang risau(tuh pun kalau adalah).

last nak cakap.. cikgu aku ada cakap .. "sekali kau menipu,pasti kau akan terus menipu untuk menutup penipuan yang pertama yang kau lakukan"

 Jadi sebagai penutup buat post kali ni, sebelum menipu tuh fikir 2-5 kali, fikir sebab, kesan dia kepada orang lain. kadang2 orang tau kau menipu dia , tapi dia biarkan je.. jadi fikir2 lah ye?