7/09/13

Berlakon

Assalammualaikum semua.. sihat? alhamdulillah .. ok post kali ni berlakon, siapa yang berlakon?,kenapa? nak tau baca!
 
  Sebelum tuh ni adalah rekaan semata2, tidak ada kena mengena dengan anda, melainkan aku. ahaha

 Cite dia start apabila, Ammar mula mengenali seorang gadis ayu,cantik jelita. gadis tuh bernama amira. Ammar mula mengenali amira melalui rakan sekelasnya bernama zulhilmi, zulhilmi mengajak kawan amirah iaitu zulaika untuk berdating, zulaika mengajak amira sebagai teman, manakala zul mengajak am sebagai penemannya.
  Setibanya di tempat yang dijanjikan, zul dgn ika mula mengenalkan teman masing2, dan mereka beralih di meja lain meninggalkan Am dan Mira berdua.5min pertama dua2 mendiamkan diri malu, Am memulakan bicara dengan bertanyakan nama, dan seterusnya.

 Setelah hampir 6 bulan mereka berkenalan, mereka membuat keputusan untuk bertunang :D. Am pergi menghantar rombongan meminang ke rumah mira, dan Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar.. sejak mereka bertunang pelbagai dugaan menimpa mereka...tidak lama kemudian zul dan ika berpisah. Zul pergi berjumpa dengan mira untuk meluahkan perasaannya manakala ika pergi berjumpa dengan Am untuk melakukan perkara yang sama.

Tapi sebenarnya zul dan ika ni masih mencintai satu sama lain , mereka berpisah kerana sedikit salah paham berlaku kerana ika menemani sepupunya di shoppingmall.. Setelah mendengar cerita dari mira, aku(am) mendapat idea yang menarik. aku menyuruh mira berlakon. berlakon untuk mendapatkan zul, manakala aku pula berlakon mendapatkan ika.

Perancangan aku menjadi apabila berjumpa masing2 cuba membuatkan pasangan yang lain cemburu, dengan bersayang2, bermanja2, bersuap2 sampailah satu saat, zul tidak tahan . Lalu, menghampiri aku, lalu melepaskan satu tumbukan. Aku sikit pun tidak terkejut, malah aku ketawa, sementara mira dan ika risau tentang pergaduhan yang akan berlaku. Aku menanyakan kepada zul, "kenapa zul? apa yang kau tak puas ati?" Zul masih mendiamkan diri. aku menaikkan lagi darahnya dengan berkata " apa ni zul? tiba2 pukul orang, nape jeles dua2 aku dapat? mira aku dapat ika pun aku dapat?"

Muka Zul merah menahan marahnya. akhirnya dia bersuara "sorry am, aku tak dapat kawal . ye aku jeles. tapi bukan dengan mira tapi.." belum sempat zul meyambung aku terus membalas " dengan ika? Hahaha tuh lah kau bodoh sangat. benda kecik kau besar2kan, kan kau dah melepas?"
Zul terpaksa akur, lalu dia bersuara " Ye am, memang salah aku, aku kuat cemburu, tak siasat dulu, aku terus bertindak mengikut perasaan. Sebenarnya aku sayang sangat kat ika. malah aku dah beli cincin tunang nak meminang dia. aku... aku.. nak dia jadi isteri aku."

Aku ketawa terbahak2. Kemudian aku berkata" haa ngaku pun. ingat dah tak tau mintak maaf dah, dah2 jangan sedih. apa nih laki nagis malu woi.!! jgn risau. aku tak da apa2 pun dgn ika, tak caya tanya dia, tak caya jugak tanya mira. aku yang rancang semua ni. sbb aku kenal sangat kau. selagi tak di paksa selagi tuh kau tak kan nak mengaku kesalahkan kau." Aku memegang tangan zul dan tangan ika, lalu menyambungkan tangan mereka sambil berkata " nah.. aku sengaja nak uji kau betul2 sayang ika ke tak. jaga dia elok2, kalau tak aku amik,"

Mira mencubit aku " Amboii, gatai eh! ni nak campak mane?" aku menjawab dengan nada gurau. "campak atas katil tunggu malam pertama nanti :)"
Mira mencubit aku lagi sekali " Haa dah gatal sangat lah tuh!! mentang2 seminggu lagi nak nikah."
Aku menjawab " eh gatal dengan isteri takpa :) oh lupa zul! aku nikah minggu depan. kau bila lagi? cincin dah ada tuh. bila nak anta rombongan?. ehh bincang umah je ah, jum ah  bincang kat umah aku "

Lalu mereka berempat pun beredar dari tempat tersebut.

Moral: Sahabat Sejati akan membantu rakannya yang dalam kesusahan, walau dengan apa cara sekali pun.

Ni satu je. dalam cite ni banyak. carik sendiri ye? ahaha k lah bye!
Harap Terhibur membaca cerita di atas. :)
Assalammualaikum...

Tiada ulasan: